TRANSLATE YOUR LANGUAGE HERE

Translate post to:

Tuesday, January 29, 2008

Jom Memancing Di Anjung Batu, Melaka !!!

Salam. Wahai kaki pancing malaysia, salam perkenalan saya ajukan. Dalam blog ini saya ingin berkongsi pengalaman dan pendapat dengan anda semua tentang memancing kerana saya juga adalah seorang kaki pancing yang pantang nampak kolam, lombong, sungai mahupun laut. Semua saya "try". Ok, di blog ini akan membincangkan tentang tempat memancing, joran @ pancing, alatan memancing, serta umpan yang digunakan dan diharap akan memberi informasi kepada semua pembaca.


Tahukah anda Malaysia ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh di jadikan kawasan memancing. Salah satu tempat yang selalu mendapat sambutan adalah di Anjung Batu, Melaka. Tempat ini adalah bersebelahan dengan Pulau Besar, Melaka. Di sini, anda boleh memancing di kelong-kelong yang disediakan dengan sewa yang berpatutan. Untuk pengatahuan anda semua, disini memang merupakan kawasan ikan kerana kehadiran kelong-kelong ini sebagai sarang dan tempat persinggahan ikan.

Dengan kehadiran kelong-kelong ini sebenarnya merancakkan lagi ikan untuk berada dikawasan ini. Dengan kewujudan kelong-kelong ini, ia seakan akan menjadi tukun ikan seperti yang dibuat disesetengah tempat yang lain yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan-nelayan dinegara kita ini. Dengan itu, adalah mustahil bagi anda yang memancing di kelong ini balik dengan tidak membawa hasil. Saya berani berkata begitu kerana sepanjang saya memancing dikelong itu memang mendatangkan hasil walaupun kadang-kadang tidak banyak.

Untuk memancing disini, sila pastikan anda membawa joran, alatan memancing dan umpan yang mencukupi. Ini kerana, apabila berada diatas kelong ini, anda tidak lagi boleh turun kedarat sehingga habis memancing. Biasanya, waktu yang biasa untuk memancing dikelong adalah 7 pagi hingga 7 malam dan 7 malam hingga 7 pagi. Joran @ Pancing yang dibawa hendaklah bersesuaian kerana mungkin yang ikan yang memakan umpan anda adalah ikan besar. Untuk pengatahuan semua, di anjung batu ini penah mencatat rekod menaikan ikan pari seberat 31Kg. Besar kan?? Ikan yang sebesar 31 Kg yang biasa didapati di laut dalam tapi boleh didapati di persisiran pantai. Haa..itulah tadi apa yang saya katakan kawasan ini adalah kawasan ikan.

Ok..Untuk yang hendak memancing disana, umpan yang boleh digunakan adalah seperti jangkau, cacing, dan umpan universal yang lain seperti sotong dan ikan selar kuning. Dan untuk sesiapa yang mahukan ikan siakap, silalah gunakan udang hidup sebagai umpan. Anda dinasihatkan cuba membaling umpan anda disekitar kelong itu kerana terdapat kawasan ikan yang berlainan. Untuk memancing disana, saya sarankan anda membawa sekurang- kurangnya 2 batang pancing seorang. Itu adalah paling kurang untuk mendapatkan hasil yang banyak.


Untuk mereka-mereka yang berada berdekatan, bolehlah mencuba untuk kesana. Silalah ke sana dan lihatlah sendiri kawasan itu dan "servay" lah dulu. Kawasan itu adalah berdekatan dengan jeti untuk ke Pulau Besar. Jika anda hendak ke kelong itu, sila pastikan anda telah "deal" dahulu dengan tuan punya kelong itu. Dia akan menghantar anda kesana dan akan mengambil anda kembali setelah selesai memancing. Kepada sesiapa yang berminat dan ingin mencuba, silalah kesana. Selamat mencuba.

2 comments:

arie_8179 said...

salam. apa alamat nak ke sana? sape owner, ada contact number x? tq

Unknown said...

Umpan yang berasaskan High Protein
untuk mendapatkan keseimbangan nilai pemakanan pada umpan (balance nutrition value)

https://www.facebook.com/pages/HiPro-High-Protein-Bait/686847814706275